Saturday 22 August 2015
Friday 21 August 2015
Thursday 20 August 2015
Wednesday 19 August 2015
Tuesday 18 August 2015
Monday 17 August 2015
Sunday 16 August 2015
ZED ZAIDI LARIKAN DUIT RM4.8 JUTA
Oleh RTKY Staff pada
17 August 2015, 11:08AM
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menjelaskan bahawa dia difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi ontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI. Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman,” katanya.
Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI dan mendedahkan bahawa barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.
Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya ‘membawa lari’ wang tersebut. Manakala Zed menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti. Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. ‘Menariknya’, individu tersebut masih lagi memburukkan saya,” jelasnya kepadamStar Online. (rtky/s)
Saturday 15 August 2015
Friday 14 August 2015
Thursday 13 August 2015
Wednesday 12 August 2015
Tuesday 11 August 2015
Monday 10 August 2015
MAJLIS AQIQAH ANAK FASHA
Oleh RTKY Staff pada
10 August 2015, 5:08PM
Pada 8 Ogos (Sabtu) lalu, telah berlangsung majlis aqiqah bagi anak perempuan Fasha Sandha, Raysha Jemyma bersama suami Rizal Ashram telah diadakan di kediaman mereka di Ampang. Barisan artis lain juga turut hadir menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.
Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Izreen Azminda, Rebecca Nur Al Islam dan juga Ayda Jebat. Memang meriah sungguh kami lihat majlis aqiqah tersebut.
Apa-apa pun, semoga keluarga ini akan beroleh rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dan Raysha akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya. Malah peminat juga berkongsi perkara yang sama dalam mendokan kebahagiaan rumah tangga pasangan secocok ini. (rtky/s)
Subscribe to:
Posts (Atom)